gambar di sekitar debat anwar-shabery 7



aWalaupun debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan lancar namun kekecohan berlaku membabitkan petugas media dan anggota keselamatan yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini.

Beberapa jurugambar akhbar dan media elektronik dilaporkan dihalang serta ada yang disepak dan dipukul anggota keselamatan terbabit.

Kekecohan bermula kira-kira lima minit selepas debat khas antara Ahmad Shabery dan Anwar selesai.
a

b

c

b

e

g

y



Petugas akhbar dan media dilaporkan dihalang keluar dari bilik yang dikhaskan kepada mereka oleh lima anggota keselamatan yang bertugas atas alasan mereka tidak mematuhi arahan yang diberikan.

Pertikaman lidah berlaku antara anggota keselamatan dan petugas media sehingga keadaan menjadi tegang dan menyebabkan petugas media menolak untuk membolehkan mereka keluar dari bilik berkenaan.

Keadaan bertambah kecoh apabila tiga petugas media iaitu jurugambar The Sun, Zulkifli Ersal, jurukamera The Edge, Khairul Hasnor Mohd Khalili dan jurukamera Channel News Asia Hanafiah Hamzah dipukul dan diterajang.

Kekecohan itu berpanjangan sehingga ke lobi DBP tetapi mujur polis yang berada di situ dapat mengawal keadaan dan mententeramkan orang ramai. Polis telah meminta ketiga-tiga petugas media terbabit agar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Jurukamera The Edge, Khairul Hasnor yang cedera dihidung dan dua petugas media terbabit yang tidak cedera telah membuat laporan polis.

Di luar dewan kira-kira 50 penyokong parti pembangkang mengambil kesempatan untuk berhimpun sambil membawa poster memprotes kenaikan harga minyak sambil melaungkan 'reformasi'.

Berita : BERNAMA
Foto : malsi
Susunan : GB

---

pelaburan serendah RM40 - RM4000 dengan pulangan 5% setiap minggu !!!


--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "wvworks - WORK AT HOME" group.
To post to this group, send email to wvworks---WORK-AT-HOME@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to wvworks---WORK-AT-HOME-unsubscribe@googlegroups.com
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/wvworks---WORK-AT-HOME?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Your Ad Here

0 Responses to "gambar di sekitar debat anwar-shabery 7"

Post a Comment