Petronas syarikat ke-8 paling untung di dunia
Oleh Suffian A Bakar
suffian@bharian.com.my
PETRONAS berada di kedudukan kelapan senarai syarikat paling untung di dunia dan yang pertama di Asia tahun lalu dalam senarai Fortune Global 500 majalah perniagaan Fortune.
Syarikat petroleum kebangsaan berkenaan yang dalam nilai dolar Amerika Syarikat (AS) meraih keuntungan AS$18.118 bilion tahun lalu, mengatasi syarikat terkemuka dunia lain seperti Microsoft, Toyota, Bank of America, Total dan JP Morgan.
Senarai syarikat paling untung di dunia itu didahului oleh Exxon Mobile diikuti Royal Dutch Shell, General Electric, BP, Gazprom, HSBC Holdings dan Chevron.
Syarikat minyak Itali, Total dan bank pelaburan antarabangsa JP Morgan pula berada di tempat kesembilan dan ke-10.
Petronas juga berada di kedudukan ke-95 dalam senarai keseluruhan Fortune Global 500 berdasarkan pendapatan syarikat.
Di kalangan syarikat Asia, Petronas yang meraih pendapatan dalam nilai dolar AS AS$66.22 bilion tahun lalu berada di kedudukan ke-16.
Senarai 10 syarikat paling besar dunia tahun lalu didahului oleh Wal-mart Stores yang meraih pendapatan AS$378.799 bilion, diikuti oleh Exxon Mobile, Royal Dutch Shell, BP, Toyota Motor, Chevron, Ing Group, Total, General Motors dan Conoco Philips.
Senarai 10 syarikat paling besar di Asia pula dikuasai firma dari Jepun, China dan Korea didahului Toyota Motor (Jepun); Sinopec, State Grid dan China National Petroleum (China); Samsung Electronics (Korea Selatan); Honda Motor, Hitachi, Nissan Motor, Nippon Telegraph (Jepun) dan LG (Korea Selatan).
Sementara itu, syarikat automotif terbesar AS, General Motors, mendahului senarai mencatat kerugian paling besar, iaitu AS$$38.732 bilion.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Ekonomi/20080710231711/Article
---
Fuel Saver 2 adalah Peranti Penjimat Minyak Haro Power Booster (HPB) khas untuk motorsikal. Produk inovasi berkualiti keluaran MYKITRONIC (M) Sdn Bhd (775812-K). Pemasangannya amat mudah - sambungkan terus ke Spark Plug.
HARO POWER BOOSTER BERKESAN SERTA MERTA UNTUK SEMUA JENIS MOTORSIKAL:
TAMBAH DAYA PECUTAN - JIMAT PETROL 10%-25% - PELIHARA ENJIN & EKZOS
Satu unit HPB boleh digunakan sekurang-kurangnya satu tahun. Setiap pengisian RM5 mampu memberikan penjimatan RM1.25. Jika setiap hari anda mengisi minyak RM5, maka anda mampu mengurangkan kos minyak anda sehingga RM456 setahun.
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "wvworks - WORK AT HOME" group.
To post to this group, send email to wvworks---WORK-AT-HOME@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to wvworks---WORK-AT-HOME-unsubscribe@googlegroups.com
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/wvworks---WORK-AT-HOME?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---
0 Responses to "petronas syarikat ke 8 paling untung di dunia !!"
Post a Comment